‘Mobile Apps’ Terbaru AirAsia Bakal Mudahkan Urusan Penerbangan Anda

Siapa yang tidak mengenali AirAsia, syarikat yang dinobatkan sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia selama 7 tahun berturut-turut.

Baru-baru ini, AirAsia telah melancarkan aplikasi mudah alih serba baru yang menawarkan ciri-ciri inovatif, fungsi yang lebih pantas dan rekaan luaran aplikasi yang lebih menarik demi memeberikan pengalaman penerbangan yang lebih mengesankan dalam kalangan penumpang mereka.



Aplikasi mudah alih AirAsia versi terbaru ini juga telah menerima pencalonan di Anugerah berprestij World Travel Awards dalam kategori World’s Leading Low-Cost Airline App.

Siegtraund Teh, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia berkata:
Kami sentiasa melabur dalam teknologi dan inovasi bagi membuatkan pengalaman penerbangan lebih mudah dan seronok bagi para tetamu kami. Aplikasi serba baru ini menawarkan tetamu kami semua yang mereka perlukan di hujung jari mereka.

Lebih dari 9 juta muat turun bagi aplikasi mudah alih ini telah diterima bagi kedua platform iOS dan Android, dan kami berharap lebih ramai akan menerokai kemudahan yang tersedia dengan memuat turun aplikasi mudah alih ini.
Versi yang ditambah baik ini tersedia di kedua-dua platform iOS dan Android serta menawarkan ciri terbaru, fungsi yang lebih pantas, rekaan luaran yang lebih menarik dengan 11 bahasa.

Antara ciri-ciri terbaru aplikasi mudah alih AirAsia ini adalah:
  1. Tambah ke kalendar, yang secara automatik menyambungkan jadual penerbangan dengan kalendar pengguna.
  2. Proses tempahan penginapan hotel yang lebih cepat dan mudah.
  3. Daftar masuk mudah alih dan ‘urus tempahan saya’ atau 'manage my booking' yang membolehkan penumpang menambah tambahan lain ke dalam tempahan penerbangan mereka dengan mudah pada bila-bila masa sebelum tarikh penerbangan.


Selain dari itu, penumpang juga boleh menyemak status penerbangan, mendapatkan e-boarding pass (tersedia bagi penerbangan dan di lapangan terbang tertentu), serta menyemak tawaran terkini penginapan dengan mudah.



11 bahasa yang tersedia bagi aplikasi ini adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, Bahasa Cina Tradisional (Taiwan & Hong Kong), Bahasa Cina mudah (China), Bahasa Thai, Bahasa Korea, Bahasa Jepun, Bahasa Vietnam dan Bahasa Arab.

AirAsia mula memperkenalkan aplikasi mudah alih pada tahun 2010 dan merupakan antara syarikat penerbangan yang pertama di rantau ini yang tampil dengan aplikasi mudah alihnya sendiri.

AirAsia sentiasa meneraju kejayaan implementasi teknologi lain seperti tempahan online, daftar masuk sendiri melalui web, kiosk dan mudah alih, self-tagging serta self-bag drop.

Untuk kemas kini terkini mengenai berita, promosi , aktiviti dan peraduan di AirAsia, bolehlah melayari Twitter atau Facebook mereka.

P/S: Malam ni tepat pukul 12 malam, promo free seat akan dibuka untuk orang ramai. So apa tunggu lagi, plan destinasi korang, dan grab free seat malam ni!


Sumber: TheVocket.com

LIKE dan FOLLOW kami di Facebook, Twitter serta Instagram

Unknown

“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor

No comments:

Post a Comment