13 Travel Instagrammers Malaysia Yang Patut Korang Follow

Instagram merupakan media sosial yang seronok untuk dikunjungi terutama bagi mereka yang suka melihat gambar pemandangan dan lokasi travel yang menarik. Kali ini kami ingin perkenalkan pada korang 13 travel instagrammers dari Malaysia yang sering berkongsi kisah pengembaraan mereka. 
Lepas ni cepat-cepat follow instagram mereka okay.


1. Asyrady90 - Dikenali sebagai Mr. Traveller,beliau telah mengembara ke lebih 35 buah negara pada usia 25 tahun. Fuh! Biar betul? Anak orang kaya ke dia ni? 
Sebenarnya beliau hanyalah insan biasa sama seperti korang. Tetapi segalanya bermula dengan niat dan minat. Beliau juga telah menerbitkan buku sendiri iaitu Travelog Mr. Traveller yang menceritakan kisah sepanjang pengembaraan beliau. (Kejap lagi nak pergi cari buku dia ni).  

P/S: Oh ya! Selamat pengantin baru diucapkan dari kami di Blog Kembara.


2. Faizdickievp - Siapa yang tidak mengenali beliau. Rata-rata yang menggunakan Instagram mengenali siapakah 'budak botak' ini. Haha. 

Sinonim dengan hashtag #villagepeople,serta watak-watak seperti #sarabanon #kaklehabunting #nursepuaka dan sebagainya,caption nya memang cukup mencuit hati pada sesiapa saja yang membacanya. Especially to those yang tengah stress. Haha

Well,walaupun beliau bukanlah seorang full time traveller,namun pengalaman pengembaraan beliau cukup untuk dijadikan panduan buat korang semua. Lebih-lebih lagi beliau baru saja balik daripada US dan Europe trip. 

P/S: Korang tengok followers dia tu hah. Kalah-kalah retis. Amran Fans punya Insta yang troll korang sampai tahap membunuh tu pun tak banyak ni.


3. HannahOnEarth - Wanita yang berasal daripada Sandakan,Sabah (betulkan jika kami tersilap) ini juga tidak kurang hebatnya. Beliau yang telah berhijrah dan berkahwin dengan warga US sedang dalam misi mengelilingi semua 50 negeri - negeri di Amerika Syarikat. Dan sekarang beliau berada di negeri yang ke 42 dan telah mengambil masa keseluruhan selama setahun lebih sejak memulakan pengembaraan beliau. 

Apa yang buatkan kami respect ialah walaupun telah menetap dan menggunakan bahasa Inggeris setiap hari disana,namun beliau tidak kekok untuk berkongsi kisah pengembaraan beliau dalam Bahasa Malaysia samada melalui Instagram mahupun Facebook. Dan gaya penulisan nya juga teratur dan kemas serta mudah difahami. Tidak ada bahasa rojak.

P/S: I'm proud to be Sabahan too. Harap - harap dapatlah jumpa dan korek ilmu travel daripada beliau bila balik Malaysia nanti. Hehe


4. KinaOmar - Beliau adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang terkandas di Korea disebabkan jatuh hati pada mamat Korea. Haha. 
Tidaklah. Sebenarnya beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di Jeju Island, Korea. Selain sering berkongsi gambar budaya dan pemandangan menarik di sekitar Pulau Jeju dan Korea,beliau juga sangat mahir dalam bidang seni lukis. Banyak lukisan-lukisan beliau yang buatkan kami tertarik. Dah boleh buka art gallery dah.

Jika ada diantara korang yang mempunyai perancangan untuk travel ke Korea,korang bolehlah dapatkan info dan tips mengenai places of interest di Korea especially Jeju Island daripada beliau. Tak pun,korang boleh terus mengikuti tour yang dianjurkan oleh beliau sendiri.

P/S: Apa yang buatkan kami suka pada Kina ni,beliau juga salah seorang daripada penyokong bolasepak kelab gergasi England iaitu Manchester United sama seperti kami. Haters jangan pulak ada yang nak meroyan. Hehe #GGMU


5. BijanzPerspective - Wanita bernama Bijan ini telah berhenti kerja dan memilih untuk mengembara by road selama setahun dengan sahabatnya Kim. Antara negara yang telah mereka lawati adalah Mongolia,negara-negara Eropah sehingga ke Afrika. 
Memandangkan Bijan adalah seorang photographer,beliau banyak berkongsi gambar-gambar menarik di sepanjang pengembaraan beliau.

Difahamkan selepas selesai menjelajah benua Afrika,beliau bakal mengorak langkah dengan menjelajah beberapa buah negara lagi di benua Eropah sebelum meneruskan projek berskala besar beliau yang masih dirahsiakan.
P/S: Posting terkini menerusi Instagram beliau,mereka kini sedang travel di London.


6. RouteExplorers - Lebih dikenali sebagai Menk Mahawangsa,beliau telah mengembara by land bermula dari Kuala Lumpur sehingga ke Leicester dengan hanya menggunakan kenderaan awam seperti bas dan keretapi dengan kos yang paling minima.
Pengembaraan beliau meliputi 39 buah negara sejauh 18,000KM selama 186 hari. Hanya untuk mereka yang berhati kental saja mampu melakukan seperti ini. Lebih-lebih lagi jika korang mengalami kekangan bajet seperti beliau.

Pelbagai pengalaman sepanjang pengembaraan yang telah beliau kongsikan termasuk semasa berada di Nepal yang ketika itu sedang dilanda gempa bumi.
P/S: Blog Kembara teringin sangat mengembara macam ni. Harap-harap satu hari nanti akan tercapai hajat dihati. 


7. Moji16 - Beliau merupakan seorang traveller yang banyak berkongsi kisah-kisah positif sepanjang pengembaraan beliau. Beliau juga baru-baru ini mengendalikan sebuah rancangan tv iaitu Jom Korea di TV Al-Hijrah.
Okay. Kalau korang nak jumpa beliau,set dan locked kan masa korang pada 31 Oktober ini kerana beliau akan berada di Backpacker's Day 2015 sebagai salah seorang speaker borak backpacker's.

P/S: Tengah usaha cari tiket murah dan atur jadual untuk pegi event ni nanti.


7. DavidWano - Selain menjadi seorang traveller,beliau juga adalah seorang pelajar jurusan perubatan tahun empat di Kaherah,Mesir. Beliau memang seorang yang gila travel dan difahamkan beliau telah mengembara ke 34 buah negara. Kira otai juga ni. Hehe
Ketika artikel ini di tulis,beliau baru saja kembali menyambung pengajian setelah cuti semester yang lepas. Jadi mungkin posting mengenai travelling di Instagram beliau akan di bekukan buat sementara waktu. 

P/S: Takpa. Lepas graduate nanti,bolehlah sambung travel. Jangan lupa bawa kami sekali okay. Hehe


8. ArtDeep - Seorang traveller dan photographer yang kini sedang melakukan projek travelog beliau yang diberi nama Monsoulia. Kisah seorang pemuda yang melakukan travel overland dari Malaysia merentasi beberapa buah negara seperti Thailand,Cambodia,Vietnam,China dan kini beliau berada di Mongolia untuk mencari apa yang beliau hajati.
Selain daripada berkongsi gambar-gambar menarik,beliau juga akan menjual gambar-gambar yang diambil di setiap destinasi. Satu idea yang kami kira cukup bijak untuk menampung perbelanjaan pengembaraan beliau.

P/S: Harap-harap beliau jumpa jodoh awek Mongolia. Haha




9. SyahrulfikriSalleh - Dikenali dengan panggilan Ajin dikalangan rakan-rakan,beliau pernah mengembara secara hitch-hiking di Eropah. Terkini beliau sedang berada di Phnom Penh,Cambodia.

Sejak keluar mengembara pada tahun 2013,beliau juga melakukan kerja-kerja sambilan di tempat yang beliau kunjungi untuk mendapatkan duit poket.  Antara perkara menarik yang dikongsikan oleh beliau adalah bagaimana untuk travel dengan cara yang menjimatkan.


10. Zahariz - Siapa yang tidak megenali lelaki yang mengembara dengan basikal ini. Tetapi disebabkan keadan yang tidak mengizinkan,beliau kini menjelajahi Kyrgyzstan dengan menunggang kuda.

Sebagai seorang photographer,beliau sering berkongsi gambar-gambar dan pengalaman menarik di sepanjang pengembaraan beliau di Instagram.

11. SickSidersMalaysia - Kisah tiga pemuda Malaysia yang sedang dalam pengembaraan berbasikal 'Journey To Homeland' dari UK ke Malaysia ini bukan sekadar hitch-hiking,tetapi mereka dalam misi menyampaikan mesej kemanusiaan termasuk mengumpul dana sumbangan untuk pelarian Syria dan juga Palestin.
Mereka yang kini berada di Thailand telah mengembara di lebih 20 negara dijangka tiba di tanah air pada 15 Disember. Berbagai pengalaman dan gambar-gambar menarik yang telah mereka kongsikan di laman Instagram mereka.
P/S: Lepas usha IG ni,idea terus datang nak juga mengembara dengan berbasikal. Jimat sikit. Anyone yang nak join bersama kami?


12. KembaraRazali - Jika minggu lepas korang membaca status update beliau di Jepun,jangan terkejut jika minggu ini tiba-tiba beliau berada di Indonesia pula. Bila terasa nak minum jus alpokat,tiba-tiba beliau sudah terbang ke Indonesia.

Bila terasa nak makan laksa penang pula,tiba-tiba beliau sudah berada di Pulau Pinang. 

Dikenali sebagai Zali di kalangan rakan-rakan, pemilik insta Kembara Razali ini telah travel ke 70 negara setakat ini. Beliau juga suka mengembara secara ‘overland cross boarder’.
Dan status terkini,beliau baru saja mengembara daripada Gunung Bromo, Indonesia.



13. Hisham_Kck - Kisah beliau pernah viral suatu ketika dulu apabila beliau mengembara pulang ke Malaysia dengan hanya berbasikal sejauh 11,000KM daripada London. Mak aih! Boleh tercabut kaki dibuatnya. Haha.

Selain itu,beliau juga telah menerbitkan buku travelog beliau sendiri iaitu Advantura Pulang ke Malaya yang kini telah terjual lebih 8000 naskah dan disenaraikan antara buku best seller 2015. Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai beliau,korang bolehlah dapatkan buku tulisan beliau di kedai-kedai buku berhampiran.

P/S: Kasi promote sikit. Mana tahu esok lusa kena bagi buku free. Haha 



Itulah 13 Instagrammers yang korang boleh follow untuk dijadikan panduan travel korang satu hari nanti. Sebenarnya banyak lagi travel instagrammer diluar sana. Cuma kalau kami nak kongsikan semuanya disini,sampai esok pun artikel ni takkan siap kan. Hehe

Sebelum itu,kami nak ajak korang untuk follow insta kami Blog Kembara


Untuk pengetahuan korang,kami masih lagi newbie dalam bidang penulisan travel blog ni. Namun,kami akan cuba sedaya upaya agar sentiasa memberikan tips,info serta panduan mengenai dunia travel khas untuk korang semua.


LIKE dan FOLLOW kami di FacebookTwitter serta Instagram

Unknown

“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor

No comments:

Post a Comment