Bagaimana pula jika solo traveler itu adalah seorang wanita? Adakah terdapat negara-negara khusus yang selamat untuk mereka?
Dibawah ini kami kongsikan beberapa negara yang paling selamat untuk dikunjungi bagi para solo traveler wanita.
" A journey of a thousand miles must begin with a single step " - Lao Tzu
1. Iceland
Ia mungkin sebuah negara yang mahal, namun anda hampir pasti tidak percaya kerana tiada kejadian jenayah yang berlaku disini. Ditambah pula dengan penduduknya yang bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih, ia pasti akan memudahkan perjalanan anda di negara tersebut.
Jika anda merancang untuk mengembara ke sana, anda bolehlah belajar menyebut frasa kata "góðan daginn" yang bermaksud "selamat pagi" dan ia berbunyi seperti "goin dyin".
2. Jepun
Jepun, negara matahari terbit yang menjadi negara favourite untuk dikunjungi bagi para traveler-traveler dari seluruh dunia ini disenaraikan sebagai salah satu negara paling selamat di dunia. Disamping itu, di Jepun juga terdapat banyak penginapan yang disediakan untuk para pengembara solo.
3. Singapura
Letakkan ketakutan anda ke tepi. Laporan World Justice Project baru-baru ini meletakkan kedudukan Singapura sebagai antara negara paling selamat di dunia di belakang Jepun.
Selain itu, Singapura juga mempunyai sistem pengangkutan awam yang menghubungkan seluruh negara (mungkin sebab ia negara kecil kot). Jadi anda tidak perlu bergantung kepada perkhidmatan teksi yang mahal dan kereta persendirian.
4. Slovenia
Slovenia, sebuah negara yang kecil dan dikelilingi oleh negara-negara seperti Croatia, Hungary, Austria serta Itali. Mempunyai jumlah penduduk yang kecil serta menerima kunjungan pelancong yang amat sedikit berbanding negara lain.
Oleh sebab itu, penduduk tempatan melayan pelancong seperti ahli keluarga mereka sendiri.
5. Lombok, Indonesia
Siapa yang tidak mengenali Lombok? Rata-rata para backpackers mengenali tempat yang menjadi destinasi wajib mereka pada masa kini.
Selain daripada melakukan aktiviti mendaki gunung seperti Rinjani, terdapat juga beberapa aktiviti pantai yang indah terutama sekali ketika waktu sunset.
6. Laos
Seperti Lombok, Laos juga mula mendapat perhatian dari para kaki backpackers terutama dari Malaysia. Dikatakan antara negara paling selamat kerana ia tidak berapa disentuh dari segi alam sekitar dan budaya. Jika anda seorang traveler yang suka dengan alam sekitar dan kebudayaan, Laos adalah tempatnya!
7. Maghribi
Ini mungkin seperti 'loceng penggera', tetapi Maghribi masih dianggap antara negara paling selamat selagi anda mengikuti rombongan lawatan yang akan melawat ke kawasan Kasbash dan juga perkampungan orang asli Berber.
8. India
Travel secara solo telah menjadi trend pada masa kini bagi wanita India untuk mengembara di dalam negara mereka sendiri. Tetapi ini tidak bermakna India tidak memberikan anda 'amaran' agar sentiasa berhati-hati.
Untuk destinasi yang lebih selamat di India, pilih tempat-tempat percutian rohani seperti Dharamsala atau Rishikesh dimana anda akan dikelilingi dengan traveler-traveler wanita dari barat yang lain.
P/S: Anda pernah travel ke negara yang anda rasakan selamat? Kongsikan bersama kami dengan tinggalkan komen dibawah.
Sumber: Purewow.com
No comments:
Post a Comment