Hujung tahun dan cuti sekolah bakal tiba. Pasti ramai yang telah atau baru ingin menempah dan merancang percutian kan. Ada yang akan bercuti bersama keluarga,dan tidak kurang juga ada yang bersama rakan-rakan ataupun secara solo.
Yang pasti semua ingin dapatkan tiket tambang murah betul? Beberapa syarikat penerbangan akan menawarkan tiket tambang murah setiap tahun. Antaranya adalah syarikat penerbangan yang cukup dikenali sebagai "World Best Low Cost Airline" iaitu AirAsia.
Tapi bagaimana jika korang secara tidak sengaja melakukan kesilapan semasa menempah tiket penerbangan? Bagaimanakah caranya untuk mengelak kesilapan tersebut? Teruskan baca entri ini.
Bagaimana kesilapan boleh berlaku?
Memang lumrah manusia selalu membuat kesilapan walaupun telah berhati - hati. Tetapi jika korang mempunyai ilmu dan pembacaan yang cukup,kesilapan itu boleh dikurangkan. Jadi disini kami kongsikan sedikit tips dan perkara yang harus dielakkan semasa menempah tiket tambang murah AirAsia.
Selalunya kesilapan semasa menempah tiket berlaku kerana:
1.Tempahan dilakukan oleh orang lain atau pihak ketiga.
2.Tidak merujuk kepada kad pengenalan atau passport semasa mengisi detail penumpang.
3.Jenis cuai. Terburu-buru dan tidak menyemak semua maklumat sebelum meneruskan tempahan.
4.Tidak membaca arahan dan membuka ‘window’ untuk terma yang tidak difahami.
Walaupun kesilapan diatas nampak remeh,tapi sebenarnya sangat ramai yang melakukannya. Cuma bila berlaku kesilapan sebegini,untuk membetulkannya ada harga yang harus dibayar. Itu pun jika ia masih boleh dibetulkan.
1.Salah mengisi nama penumpang.
Ini kesalahan serius kerana pihak AirAsia hanya membenarkan penukaran nama dalam maklumat tempahan untuk beberapa kategori sahaja. Korang hanya boleh membuat pindaan nama jika:
– Typo error seperti tertinggal satu huruf atau terlebih.
– Tambah atau padamkan nama dalam bahasa Inggeris (selalunya chinese name).
– Title atau pangkat iaitu Mr, Mrs, Ms.
– Jantina.
– Penukaran nama pertama dan nama family yang terbalik.
– Tambah atau padamkan nama dalam bahasa Inggeris (selalunya chinese name).
– Title atau pangkat iaitu Mr, Mrs, Ms.
– Jantina.
– Penukaran nama pertama dan nama family yang terbalik.
Untuk pindaan yang melibatkan kategori ini,korang perlu maklumkan kepada pihak AirAsia melalui borang online,menghantar tweet di Twitter atau menggunakan tab live chat di website mereka. Panggilan melalui telefon amat menyusahkan dan jika korang dapat membuat panggilan sekalipun,korang masih perlu menggunakan borang online atau e-Form yang telah mereka sediakan. Jadi lebih baik gunakan saja e-Form yang telah disediakan seperti gambar dibawah.
2.Salah tulis atau tukar tarikh penerbangan.
Sebelum memilih ke mana-mana destinasi,pastikan korang telah menyemak tarikh bila ingin berlepas dan balik semula. Saya pernah melakukan kesilapan ini dan terpaksa membayar beberapa ratus ringgit lagi kepada AirAsia. Sebagai contoh saya pernah menempah dan dapat tiket tambang murah AirAsia ke Vietnam dengan harga hanya RM200 pergi balik.
Tetapi,saya tidak perasan tarikh tiket tersebut ketika itu adalah hari kemerdekaan Vietnam. Mahu tidak mahu,saya terpaksa tukar tarikh tiket tersebut kerana tujuan saya ke sana ketika itu adalah untuk memborong pakaian. Jika tujuan korang ke Vietnam adalah untuk memborong pakaian,pasti sangat rugi pergi pada tarikh tersebut kerana rata-rata kedai pakaian akan ditutup atau jika ada sekalipun korang tidak banyak pilihan.
Disini korang akan rugi sebanyak dua kali. Satu samada terpaksa membayar lebih kepada AirAsia untuk menukar tarikh dan satu lagi teruskan penerbangan tapi tidak menepati tujuan korang ke sana lebih-lebih lagi atas tujuan perniagaan.
3.Default adds on tidak dibuang.
Benda sebegini mungkin nampak remeh,tapi ramai juga yang tidak tahu dan terkejut apabila melihat harga tiket yang pada asalnya murah telah bertukar menjadi mahal. Begitu juga dengan adds on lain seperti travel insurance dan tambang bas dari KL Sentral ke KLIA2 contohnya. Jika korang telah ambil travel insurance dan tidak memerlukan transport,korang boleh ‘untick’ pada semua kotak yang telah diisi secara default oleh pihak AirAsia. Adds on secara default sebegini adalah marketing strategi AirAsia yang kami kira cukup bijak mengambil kira keperluan tambahan penumpang.
4.Had muatan bagasi yang benar-benar di perlukan.
Semasa membuat tempahan,sila pastikan adds on seperti had bagasi 20kg benar-benar di perlukan atau tidak. Ini terutama sewaktu penerbangan berlepas,kebanyakan bagasi korang masih ringan dan boleh saja dibawa naik ke kabin penumpang jika tidak melebihi 7kg. Jika tidak diperlukan,korang boleh delete atau boleh digabungkan jika pergi bersama keluarga ataupun rakan.
Fikirkan juga betul-betul berapa banyak barang yang hendak dibawa balik. Jika korang membawa had bagasi yang melebihi tempahan caj yang dikenakan oleh pihak AirAsia,tiket tambang murah AirAsia korang akan menjadi sangat mahal. Saya pernah kena hampir RM500 untuk lebihan 11kg semasa pengalaman bercuti di Vietnam. Cuma nasib menyebelahi saya kerana dapat menumpang kuota bagasi orang lain yang bermurah hati membantu saya. Itu pengalaman bercuti di Vietnam yang sangat mahal bagi saya.
Begitu juga jika korang telah membuat tempahan bagasi paling besar iaitu supersized 40kg dan tiba-tiba hendak turunkan had berat. Korang akan rugi kerana duit korang tidak akan dipulangkan.
5.Tahap kesihatan jika mengandung atau sakit.
Sebenarnya perkara ini jika dipandang remeh boleh menyebabkan bukan saja korang rugi duit tambang tiket malah ia sebenarnya boleh menyebabkan kesukaran kepada penumpang yang lain. Penumpang wanita yang mengandung dengan usia kandungan 35 minggu tidak dibenarkan menaiki pesawat. Ia telah dinyatakan di dalam website AirAsia.
Jika usia kandungan dibawah dari 35 minggu,surat pemeriksaan doktor diperlukan dan surat pengesahan ini mestilah dikeluarkan tidak melebihi 30 hari sewaktu penerbangan pergi dan balik. Begitu juga jika ketika penerbangan ada ahli keluarga atau korang sendiri dijangkiti penyakit seperti demam campak. Pernah ada kes demam campak yang kecoh suatu masa dulu dimana penumpang rakyat Malaysia terkandas di Vietnam ketika mahu pulang ke Malaysia.
Sebenarnya dari segi kesihatan,ia kurang baik kepada penumpang lain kerana demam campak merebak ketika ia beransur sembuh. Seeloknya jika korang tidak sihat adalah lebih baik jangan ambil penerbangan kecuali ada surat doktor yang mengesahkan korang layak untuk berada di dalam pesawat sewaktu pergi dan balik.
Begitulah sedikit sebanyak tips ataupun cara untuk elakkan tiket tambang murah AirAsia korang agar tidak bertukar menjadi tiket tambang mahal. Pastikan korang tidak membuat kesilapan ini kerana jika hendak membuat pengesahan atau pemindaan,korang terpaksa membayar kos panggilan yang mahal kerana setiap panggilan akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.95 untuk seminit. Kalau buat panggilan seperti ini mana cukup seminit kan?
Jadi, berhati-hati lah ketika menempah tiket percutian korang. Jangan terburu-buru tanpa menyemak detail tempahan. Nanti korang sendiri yang akan rugi kan. Biar lambat,asal selamat. Hehe.
Sumber : KakiMelancong.com
No comments:
Post a Comment