Merancang untuk bercuti di Jepun pada musim sejuk?
Seperti yang ramai tahu, Jepun adalah antara negara yang patut dilawati bukan sahaja oleh para traveller, malah ia juga untuk mereka yang bercuti bersama keluarga.
Tetapi, bagaimana pula jika ada yang ingin bercuti disana semasa musim sejuk?
Apakah tempat-tempat yang harus dilawati ketika musim sejuk?
Berikut kami kongsikan 5 tempat terbaik untuk dilawati semasa musim sejuk di Jepun.
Jika ya, maka anda lebih tahu bagaimana seronoknya bermain ski. Jika tidak, lawatan ke Hakuba-Nagano ini akan menjadi percutian terbaik musim sejuk anda di Jepun.
Jika anda tidak pernah bermain ski, usah risau! Kerana tiada apa yang menghalang anda untuk belajar.
Disini terdapat beberapa tenaga pengajar yang menyeronokkan, hebat dan cukup berkelayakan untuk melatih anda. Mereka juga mahir berbahasa Inggeris dan mempunyai beberapa tahun pengalaman mengenai selok belok bermain ski, dan yang pasti mereka akan mengajar anda bermain ski dalam masa yang singkat.
Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, terdapat tenaga pengajar yang akan membawa anak kecil anda bermain ski dengan cara yang selamat.
Penginapan gaya barat atau Jepun? Hotel atau Ryokan?
Adakah anda akan memilih untuk bermain ski atau pun snowboard? Fast food atau fine dining?
Segalanya di tangan anda! Yang pasti, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan semasa musim sejuk di Jepun.
Oh ya! Jangan lupa untuk melihat monyet salji Jigokudani dan ia boleh diakses dari Hakuba dan merupakan salah satu tempat yang mesti dilawati.
Seperti yang ramai tahu, Jepun adalah antara negara yang patut dilawati bukan sahaja oleh para traveller, malah ia juga untuk mereka yang bercuti bersama keluarga.
Tetapi, bagaimana pula jika ada yang ingin bercuti disana semasa musim sejuk?
Apakah tempat-tempat yang harus dilawati ketika musim sejuk?
Berikut kami kongsikan 5 tempat terbaik untuk dilawati semasa musim sejuk di Jepun.
1. Hakuba, Nagano
Winter jacket, kasut but dan papan luncur, adakah ia cukup memberikan gambaran kepada anda untuk bermain salji di Jepun? Apakah anda pernah bermain ski?Jika ya, maka anda lebih tahu bagaimana seronoknya bermain ski. Jika tidak, lawatan ke Hakuba-Nagano ini akan menjadi percutian terbaik musim sejuk anda di Jepun.
Jika anda tidak pernah bermain ski, usah risau! Kerana tiada apa yang menghalang anda untuk belajar.
Disini terdapat beberapa tenaga pengajar yang menyeronokkan, hebat dan cukup berkelayakan untuk melatih anda. Mereka juga mahir berbahasa Inggeris dan mempunyai beberapa tahun pengalaman mengenai selok belok bermain ski, dan yang pasti mereka akan mengajar anda bermain ski dalam masa yang singkat.
Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, terdapat tenaga pengajar yang akan membawa anak kecil anda bermain ski dengan cara yang selamat.
Penginapan gaya barat atau Jepun? Hotel atau Ryokan?
Adakah anda akan memilih untuk bermain ski atau pun snowboard? Fast food atau fine dining?
Segalanya di tangan anda! Yang pasti, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan semasa musim sejuk di Jepun.
Oh ya! Jangan lupa untuk melihat monyet salji Jigokudani dan ia boleh diakses dari Hakuba dan merupakan salah satu tempat yang mesti dilawati.
2. Shirakawago
2. Shirakawago
Jepun adalah sebuah negara yang cukup
berbeza, eksotik, budaya yang tersendiri dan patut diterokai dengan lebih
teperinci. Bercuti di Jepun pada musim sejuk selain bermain ski, anda juga boleh
melawat ke tempat-tempat menarik yang hebat.
Kata orang 'alang-alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan'. Jadi alang-alang sudah datang sejauh ini, apa
kata cuba cari dan dapatkan terus pengalaman yang lebih mahal daripada tiket
kapal terbang anda.
Shirakawago adalah salah satunya
daripadanya.
Ia adalah sebuah kampung kecil yang
terletak di pekan yang sunyi dan kurang dikenali suatu ketika dulu.
Sehinggalah kira-kira 10 tahun yang lepas,
rakyat Jepun ‘menemui’ Shirakawago yang mempunyai budaya unik.
Pada hari ini, tapak warisan dunia ini
telah membuka pintunya kepada pengunjung dari seluruh dunia. Dengan landskap yang
menghijau dan berwarna warni ketika musim panas serta dipenuhi dengan manusia
berpakaian tebal pada musim sejuk, Shirakawago mempunyai beberapa Minshuku
(guest house) yang membolehkan pengunjung menginap disini.
3.
Hida - Takayama
Takayama,
juga dikenali sebagai Little Kyoto mempunyai tapak-tapak tinggalan purba
dan bangunan lama dari zaman Edo yang di selenggara dengan baik. Selain itu, ia
juga mempunyai makanan tempatan khas seperti Sansai (sayur-sayuran bukit),
Wasakana (ikan sungai), daging lembu Hida, mi Soba serta Sake terbaik dan
berkualiti.
Hōba miso, adalah cara penduduk tempatan
memanggang daging dan ikan diatas daun Hoba atau juga pada daun oak.
Takayama
mempunyai banjaran salji yang tertinggi di Jepun bagi menjamin hasil fotograpi
yang terbaik. Selain daripada pemandangan menyegarkan, pada zaman dulu Takayama
hanya dipenuhi dengan bata lumpur serta rumah Kura (stor tradisional Jepun) kalis
api dimana penduduk akan menyimpan barangan berharga mereka di tempat ini bagi
mengelakkan kehilangan daripada kebakaran yang kerap berlaku.
Pada hari
ini, rumah Kura ini telah ditukarkan kepada butik, kafe dan juga tempat untuk
merasai sake tempatan.
Takayama juga
adalah sebuah bandar untuk semua musim. Dua perayaan yang terkenal berlangsung
di bandar ini pada setiap musim bunga dan luruh seperti festival kereta berhias
yang akan dipamerkan di muzium sepanjang tahun.
Jika anda
bercuti ke Jepun pada musim sejuk, pastikan Takayama ada di dalam senarai anda.
4. Quentessential Japan In Winter - Gero
Gero
dikatakan wujud sebagai tempat untuk ‘mengambil air’ kerana ia terletak dibawah
arus air panas. Ada beberapa langkah yang harus diikuti sebelum anda
menanggalkan baju dan berendam di dalam kolam air panas tersebut.
The Suimeikan
Ryokan mempunyai tiga Onsen (kolam air panas dalam bahasa Jepun) didalam premis
mereka yang mewah. Bagi kami, kolam air panas berkonsep open air yang terbaik.
Tidak ada
yang lebih baik selain anda berjalan keluar (lebih-lebih lagi ketika salji
turun) untuk berendam dengan santai sambil menikmati landskap tumbuh-tumbuhan hijau,
batu-batu artistik serta patung-patung yang berada disekitar kolam air panas.
Sudah semestinya pengalaman berendam di dalam Onsen akan menjadi satu
pengalaman yang sukar dilupakan.
5. Tokyo
Musim sejuk,
adalah masa yang terbaik untuk melawat Tokyo. Walaupun adakalanya musim sejuk
menghalang untuk anda melakukan aktiviti luar, namun dengan adanya jaringan pengangkutan
keretapi bawah tanah yang canggih dan efisien, anda boleh berjalan dari satu
tempat ke satu tempat yang lain tanpa rasa kesejukan melampau.
Stesen
Central Tokyo juga mempunyai kaunter bantuan untuk pelancong dalam bahasa
Inggeris dan pegawai-pegawai yang akan memberikan peta dan penjelasan bagaimana
untuk ke satu-satu tempat.
Jika anda
sesat walaupun dengan bantuan penjelasan yang diberi oleh pegawai tadi, usah
risau. Akan ada orang yang akan sentiasa membantu anda untuk sampai ke
destinasi yang dituju iaitu rakyatnya.
Inilah sebab
betapa indahnya negara Jepun !
Sumber : Travel2next.com
Baca Juga: Tips 'survive' di Tokyo dengan hanya RM300
No comments:
Post a Comment