7 Langkah Travel Dengan Cara Bajet Dan Murah

Tidak dinafikan, ramai orang diluar sana yang beranggapan bahawa travel ke luar negara memerlukan wang yang banyak, tetapi sebenarnya tidak. Malah ramai diantara kenalan kita yang travel ke luar negara tanpa 'merompak' bank.


Anda tidak perlu membuat pinjaman bank ataupun menyertai pertandingan untuk mencuba nasib, sebaliknya anda hanya perlu tahu langkah yang realistik bagaimana travel ke luar negara dengan cara bajet dan murah.

Disini kami kongsikan 7 langkah bagaimana travel ke luar negara dengan cara bajet dan murah.


1. Tetapkan tarikh perjalanan anda


Menetapkan tarikh perjalanan anda bermaksud 'mengunci' tarikh yang anda pilih untuk melakukan perjalanan. Merancang dengan awal seperti setahun lebih awal. Pilih tarikh seperti cuti umum dan hujung minggu agar anda boleh merancang cuti tahunan anda dengan betul.

Sediakan beberapa tarikh lain agar anda mempunyai pilihan alternatif sekiranya perancangan awal tidak menjadi. Anda tidak perlu risau untuk memilih tarikh perayaan yang dikatakan pasti mengenakan kos tiket penerbangan yang tinggi jika anda merancang setahun dengan lebih awal.


2. Destinasi


Sebaik sahaja anda menetapkan tarikh perjalanan, anda bolehlah memilih beberapa destinasi yang ingin anda lawati. Anda perlu bersikap realistik dengan tidak memilih destinasi di negara-negara Eropah dan Amerika. Kerana seperti yang semua orang tahu, bercuti di negara seperti ini memerlukan bajet yang tinggi.

Mengapa kita perlu menetapkan beberapa destinasi?

Jika anda ingin travel ke luar negara dengan cara paling bajet dan murah, anda sememangnya tidak mempunyai pilihan. Ini kerana, bajet yang anda ada yang akan menentukan destinasi dan bukannya anda!

Walaupun terdapat banyak syarikat penerbangan yang menawarkan tiket murah ke negara-negara Eropah dan Amerika pada masa ini, namun dengan kadar tukaran mata wang yang agak teruk, ia bukanlah satu pilihan yang bijak.

Jadi pilihlah destinasi yang ideal seperti negara-negara di rantau Asia Tenggara dan Asia.


3. Travel secara berkumpulan


Buat kumpulan secara berempat atau berenam dan kongsi rancangan perjalanan anda dengan mereka.

Mengapa perlu membuat kumpulan?

Anda akan berasa seronok dan dapat belajar dari pengalaman ahli kumpulan anda yang lain. Cari ahli kumpulan yang mesra dan mudah dibawa berbincang. Sila pastikan ahli kumpulan lain mempunyai pilihan destinasi yang sama dengan anda. Jika anda seorang yang suka travel secara bersendirian, sila abaikan langkah ini.

Jangan sesekali membuat perjalanan dalam kumpulan yang besar. Selain daripada masalah untuk mengawal ahli yang ramai, anda juga mungkin mengalami masalah transportation di sesuatu destinasi kelak.


4. Tetapkan bajet perjalanan anda


Setelah anda mempunyai ahli kumpulan, anda harus menetapkan bajet perjalanan anda. Bincang bajet tersebut dengan ahli kumpulan yang lain agar mereka tahu berapa banyak yang perlu mereka belanjakan.

Sebagai contoh, anda boleh menetapkan bajet sebanyak RM1000 untuk ke Thailand, RM1500 untuk ke China, Macau dan Hong Kong, atau RM2500 untuk ke Australia. Tetapi semuanya bergantung pada bajet yang anda ada.


5. Dapatkan tiket penerbangan murah


Beli tiket penerbangan semasa syarikat penerbangan menawarkan promosi tanpa menetapkan syarikat penerbangan tertentu. Ini kerana apabila syarikat penerbangan tambang murah menawarkan promosi, syarikat penerbangan premium juga akan menawarkan harga yang kompetitif.

Setelah membeli tiket penerbangan, anda telah selangkah ke hadapan dan mempunyai banyak masa untuk merancang itinerary perjalanan anda nanti. Cara lain untuk mendapatkan tiket murah ialah dengan menukarkan mata ganjaran kad kredit anda kepada mata ganjaran syarikat penerbangan dengan menebus harga tiket yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, anda masih perlu membayar cukai lapangan terbang selepas menebus tiket penerbangan.

Selain itu, anda juga boleh melakukan perbandingan tiket penerbangan melalui laman sesawang seperti Skyscanner, Kayak, dan juga Cheapflight.


6. Cari penginapan murah


Sebaik sahaja anda selesai menempah tiket penerbangan, menetapkan destinasi dan ahli kumpulan, langkah seterusnya ialah menempah penginapan.

Jika anda menetapkan untuk tinggal sebilik dengan ahli kumpulan yang lain, anda boleh memilih untuk tinggal di dorm yang semestinya lebih murah dari biasa. Terdapat banyak laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan tempahan hotel seperti Agoda.com dan AirBnb.com, namun semuanya terpulang kepada anda.

Semasa anda menempah hotel penginapan, jangan lupa untuk menyemak ulasan dan lokasi mengenai tempat tersebut. Pastikan ia dekat dengan stesen pengangkutan awam dan tempat-tempat menarik yang ingin anda lawati.


7. Sharing is caring


Akhir sekali, sharing is caring

Mengapa kami menasihatkan anda untuk travel secara kumpulan?

Ini kerana jika anda travel secara berempat atau berenam dalam kumpulan, anda boleh berjimat dalam banyak perkara seperti berkongsi menaiki teksi ataupun menyewa kereta pandu sendiri.

Selain itu, anda juga boleh berkongsi hidangan dengan memesan portion yang besar untuk dinikmati dengan ahli kumpulan yang lain.


Sebenarnya tidak ada rahsia bagaimana travel cara bajet dan murah, tetapi anda hanya perlukan langkah yang bijak bagi merealisasikan impian anda. Kami juga tidak menasihatkan anda untuk membuat pinjaman wang semata-mata hendak travel ke luar negara. So, makesure know your limits!


Sumber: Placesandfoods.com

LIKE dan FOLLOW kami di FacebookTwitter serta Instagram


Unknown

“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor

No comments:

Post a Comment