10 Destinasi Terbaik Untuk Pengembara Solo

Bagi sesetengah orang, mengajak rakan-rakan ataupun ahli keluarga untuk mengembara bersama kadangkala menjadi perkara yang sedikit sukar. Ini kerana mereka terikat dengan komitmen yang ada seperti pekerjaan, menguruskan keluarga dan juga kekangan bajet.

Jadi mengembara secara solo satu-satunya pilihan yang anda ada. Memang tidak dinafikan mengembara secara solo kadangkala agak menakutkan dari segi keselamatan lebih-lebih lagi bagi wanita, namun ia adalah peluang untuk anda belajar berdikari dan mencabar diri sendiri ke tahap lebih maksimum melalui pengembaraan.

Tapi di manakah destinasi yang sesuai untuk mengembara secara solo?

Di sini kami sediakan untuk anda 10 destinasi terbaik untuk solo traveler.

1. Melbourne, Australia


Melbourne adalah sebuah bandar hot-spot yang indah dari segi pantai dan kesibukan bandarnya.

Info lain tentang Melbourne:

- Australia secara keseluruhannya dianggap sebagai bandar yang selamat untuk pelancong luar, dan sebab itu ramai pengembara solo pergi ke sana.

- Sebagai sebuah negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantara, bahasa bukanlah satu halangan untuk berkomunikasi.

- Anda boleh berjalan di seluruh Melbourne dan boleh diakses dengan menggunakan basikal dan berjalan kaki ke mana saja.

2. Thailand


Thailand dianggap salah satu destinasi yang sesuai untuk solo traveler disebabkan pemikiran Buddha yang menggalakkan kesaksamaan antara lelaki dan wanita.

Info lain tentang Thailand:

- Thailand terkenal dengan layanan penduduknya yang mesra dan suka membantu.

- Salah satu tempat membeli-belah yang murah terutama di bahagian utara.

- Thailand juga mempunyai banyak benda untuk ditawarkan bermula dari pesta tarian sehinggalah ke pantainya yang indah dan juga hutan tropika. Perjalanan di Thailand cukup mudah sehingga ia dianggap sebagai destinasi wajib bagi para backpackers.

3. Bhutan


Bhutan adalah sebuah negara yang kaya dengan budayanya tersendiri. Ia juga merupakan 'rumah' bagi puncak tertinggi yang belum dijejaki di dunia, Gangkhar Puensum.

Gunung ini dianggap suci sehingga kerajaan Bhutan mengharamkan sebarang aktiviti mendaki gunung di sini.

Info lain tentang Bhutan:

- Lawatan ke tempat ini hanya untuk mereka yang telah melakukan tempahan awal, dan lawatan tersebut akan diiringi oleh tour guide peribadi.

- Bhutan adalah tempat untuk mereka yang mencari pengalaman budaya yang baru. Ia tidak mempunyai jalan raya, elektrik, kenderaan bermotor dan telefon sehingga tahun 1960-an.

- Beg plastik telah diharamkan sejak tahun 1999, dan pada tahun 2004 ia menjadi negara pertama di dunia yang mengharamkan tembakau.

4. Costa Rica


Costa Rica adalah sebuah tempat yang hebat yang penuh dengan cabaran pengembaraan seperti meluncur ombak, melihat gunung berapi dan aktiviti rekreasi lain.

Jika anda berfikir ia sebuah destinasi yang tidak selamat, Costa Rica sebenarnya penuh dengan penduduk yang ramah, mesra dan saling membantu.

Info lain tentang Costa Rica:

- Anda tidak akan merasa kesepian kerana ada banyak aktiviti pengembaraan yang menarik untuk dilakukan.

- Anda tidak akan jumpa pergolakan politik dan perjuangan revolusi yang sering dikaitkan dengan negara-negara Amerika Latin.

- Costa Rica juga tidak memerlukan peralatan angkatan tentera yang canggih kerana ia adalah sebuah negara yang aman.

5. Hong Kong, China


Walaupun ia sebuah bandar yang pesat membangun dan antara bandar yang paling sibuk di dunia, namun Hong Kong juga sebuah tempat untuk bersantai dan beristirehat kerana ia penuh dengan 'detik-detik Zen' seperti taman yang indah dan kelas Tai Chi.

Info lain tentang Hong Kong:

- Hong Kong dianggap sebagai salah satu tempat yang paling selamat di dunia.

- Jika niat anda untuk mengembara ke China terbantut kerana halangan bahasa, Hong Kong adalah tempat permulaan yang sesuai. Ini kerana di tengah pusat bandar Hong Kong, rata-rata penduduknya bertutur menggunaan bahasa Inggeris.

- Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan di Hong Kong. Apa sahaja yang anda ingin lakukan dan apa sahaja yang anda ingin cuba, semuanya ada di Hong Kong!

6. Cusco, Peru


Terkenal dengan empayar Inca, Cusco adalah 'rumah' bagi pengembara dari seluruh dunia sejak beratus-ratus tahun dahulu. Sebagai tempat yang kaya dengan budaya, Cusco terkenal dengan penduduk aslinya yang sering dilihat berjalan-jalan dengan pakaian tradisi mereka.

Info lain tentang Cusco:

- Cusco terletak tidak jauh dari 'bandar yang hilang', Machu Picchu.

- 'Rumah' bagi beberapa pusat arkeologi yang paling menarik di Amerika Selatan.

7. Alaska


Alaska tidak asing lagi bagi para pengembara solo. Hampir 20% pelawat yang datang ke Alaska adalah pengembara solo.

Info lain tentang Alaska:

- Mempunyai keajaiban semulajadi seperti 'glasier' dan bongkah ais dan juga gunung salji.

- Sudah semestinya anda boleh menonton ikan paus dengan lebih dekat.

8. Aran Islands


Kepulauan Aran atau The Arans adalah kumpulan tiga pulau yang terletak di muara Galway Bay, di pantai barat Ireland.

Info lain tentang Aran Islands:

- Sebuah tempat yang cukup selamat untuk didiami. Pulau-pulau yang terpencil dengan penduduk tempatan yang mesra.

- Tempat yang sempurna untuk dijadikan destinasi percutian. Berbasikal adalah pengangkutan yang biasa digunakan di pulau-pulau tersebut.

- 'Rumah' bagi kubu Zaman Besi yang cukup mengagumkan di seluruh Eropah.

9. Malaysia


Salah satu destinasi terbaik Asia bagi pengembara solo. Dengan reputasi sebagai negara Islam paling selamat dan stabil, Malaysia mempunyai beberapa mercu tanda yang eksotik dan ideal bagi para pengembara solo.

Info lain tentang Malaysia:

- Malaysia merupakan salah satu negara yang lebih maju dari segi teknologi di Asia.

- Penuh dengan warna-warni budaya dan juga pelbagai acara perayaan yang disambut oleh berbagai suku kaum yang ada di Malaysia.

- Malaysia seperti dua negara dalam satu, dengan hutan liarnya yang ada di Borneo dan bangunan pencakar langit yang ada di Kuala Lumpur.

Pssttt ..Info lain korang tahu-tahu sendiri la ye. Hehe :)

10. Bali, Indonesia


Bali adalah sebuah tempat yang penuh dengan ativiti kerohanian seperti yoga, spa, restoran organik serta pantainya yang indah. Gabungan budaya dan sikap ramah mesra yang ditunjukkan penduduknya membuatkan Bali adalah sebuah tarikan pelancongan nombor satu di Indonesia.

Info lain tentang Bali:

- Anda tidak akan merasa sendirian di Bali kerana sikap penduduknya yang mesra dan suka membantu membuatkan anda jatuh cinta pada Bali.

- Sebagai kepulauan Hindu, Bali adalah tempat yang sesuai untuk percutian santai dan rohani.

- Jika anda sukakan binatang seperti monyet, Ubud Monkey Forest sesuai untu dilawati.

Tips umum jika mengembara secara solo:
  • Merancang dengan awal. Sekurang-kurangnya anda tahu dimana anda akan bermalam pada hari pertama.
  • Pilih penginapan di kawasan ramai penduduk tempatan.
  • Simpan nombor telefon untuk dihubungi jika berlaku kecemasan.
  • Beritahu destinasi anda kepada penduduk tempatan. Mereka pasti membantu anda.
  • Percaya kepada NALURI anda!



Sumber: Lifehack.org

LIKE dan FOLLOW kami di Facebook, Twitter serta Instagram

Unknown

“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor

1 comment: