Trans Siberian - salah satu bucket list impian bagi mereka yang bergelar backpacker ataupun pengembara tegar yang patut ditakluki.
Namun, ia bukanlah semudah seperti yang disangka. Pelbagai persiapan yang harus dilakukan dengan teliti disamping pelbagai cabaran dan dugaan yang akan dihadapi ketika berada disana nanti.
Ikuti travelog pemuda ini atau juga dikenali sebagai Kenyalang Celup di laman facebook, yang baru sahaja kembali ke tanah air setelah menyempurnakan misi beliau untuk menakluki Trans Siberian Railway.
"The journey of a thousand miles begins with a single step " - Lao Tzu
Apa itu Trans - Siberian Railway ( TSR )?
TSR merupakan jaringan keretapi yang menghubungkan Moscow dengan bandar-bandar di bahagian yang jauh ke timur negara Russia. Ia juga merupakan salah satu laluan keretapi terpanjang di dunia. Kita biasanya lebih mengenali gelaran "Trans Siberian", namun sebenarnya terdapat tiga laluan atau cabang utama di sepanjang laluan TSR ini iaitu;
Trans Siberian - Laluan keretapi yang menghubungkan Moscow dan Vladivostok sepanjang 9288 km.
Trans Mongolia - Laluan keretapi yang menghubungkan Moscow dan Beijing melalui Ulan Bataar, Mongolia. Ia berpisah daripada laluan utama TSR di bandar Ulan-Ude.
Trans Manchurian - Laluan keretapi yang menghubungkan Moscow dan Beijing melalui Harbin, China. Ia berpisah daripada laluan utama TSR di bandar Chita.
Berapa lama masa yang diambil untuk melengkapkan kembara TSR?
Sebagai contoh, laluan tanpa stop-over TSR yang menghubungkan Moscow dan Vladivostok sejauh 9288km, mengambil masa selama 7 hari untuk tiba di destinasi. Adakah ia bermaksud kita perlu duduk sahaja di dalam keretapi selama 7 hari tanpa henti?
Tidak! Korang boleh merancang sendiri untuk berhenti di mana-mana bandar yang korang suka di sepanjang laluan TSR tersebut. Sebagai contoh, jika korang pilih laluan TSR Vladivostok - Moscow (macam yang aku buat), korang boleh berhenti di bandar-bandar utama di sepanjang laluan tersebut seperti Khabarovsk, Ulan-Ude, Irkutsk (untuk ke Tasik Baikal), Krasnoyarsk, Novosibirsk, Omsk dan Yekaterinburg. Bergantung kepada minat masing-masing, aku cadangkan peruntukkan masa sekurang-kurangnya 20 hingga 30 hari untuk menyempurnakan kembara TSR ni. Perlu diingatkan, tempoh sah laku untuk Russian tourist visa adalah 30 hari.
9,288 km ~ jarak yg perlu ditempuh melalui Trans Siberian Railway dari Vladivostok ke Moscow
Bagaimana menguruskan visa Russia di Malaysia?
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu membuat permohonan visa untuk masuk ke Russia. Tapi, sebelum nak mohon visa, mesti ada ‘invitation letter’ (juga dikenali sebagai ‘Russian Visa Support’) dulu.
Kat mana nak dapatkan invitation letter ni bro? Aku sarankan cara paling mudah dan cepat untuk mendapatkan invitation letter adalah buat secara online di website www.realrussia.co.uk.
Korang isi je maklumat yang dikehendaki dalam borang tu, kemudian buat bayaran menggunakan kad kredit sebanyak 15 GBP/~RM 100 (untuk single entry visa) dan submit je, tak sampai 5 minit diorang akan emailkan invitation letter tu ke email korang. Jangan lupa untuk print invitation letter tu ye.
Lepas dah dapat invitation letter tadi, korang boleh teruskan dengan membuat permohonan visa dengan mengisi borang visa secara online di laman web rasmi Kedutaan Russia di Malaysia, www.malaysia.mid.ru.
Kalau korang merancang untuk masuk ke Russia sekali sahaja pada satu-satu masa, pilih visa jenis “single entry tourist visa”. Ia sah untuk tempoh maksimum selama 30 hari sahaja. Lepas dah siap isi, jangan lupa untuk print ye. Bila semua dokumen dah ready, korang boleh proceed untuk mengajukan permohonan visa ke Pejabat Kedutaan Russia di Jalan Ampang, KL.
Untuk info juga, pejabat urusan visa hanya dibuka pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja dari jam 9.30 pg hingga jam 12.30 tengahari, jadi jangan pergi salah hari, buang masa je nanti. hahaha.
Kalau korang nak ke sana dengan menggunakan pengangkutan awam, korang boleh naik tren LRT dan turun di stesen Jelatek dan seterusnya menapak lebih kurang 15-20 minit.
Perlu diingatkan sekali lagi, sila bawa semua dokumen berikut ke Pejabat Kedutaan Russia untuk membuat permohonan visa;
1. Passport antarabangsa @ buku merah
2. Invitation letter
3. Borang permohonan visa
4. Gambar berukuran passport
5. Tiket penerbangan masuk dan keluar dari Russia
6. Salinan tempahan tiket keretapi dan hotel
Bergantung kepada nasib masing-masing, macam aku hari tu diorang tak tengok pun aku punya tiket flight, tiket keretapi dan tempahan hotel, diorang cuma tengok invitation letter dan borang visa aku tu jer.
PERINGATAN: Sila tandatangan borang visa menggunakan pen dakwat BIRU!
Oh ya, jangan lupa bawak duit juga ye. Bayaran untuk single entry visa adalah semahal RM205. Bayaran boleh dibuat di kaunter mana-mana bank (yang terdekat dengan Embassy Russia di Jalan Ampang tu ada Maybank) selepas pihak kedutaan membuat semakan kepada borang visa kita tu tadi.
Kalau semua dokumen lengkap dan OK, baru buat bayaran. Lepas dah buat bayaran, bawa slip bayaran tadi dan pergi semula ke Pejabat Kedutaan untuk menyerahkan semua dokumen yang lengkap tadi. Akhir sekali, pihak Kedutaan akan bagi satu slip untuk collect visa bila dah siap nanti. Proses visa mengambil masa selama 1 minggu.

In Russia, im using Beeline for the internet. Coverage was good. Very cheap compared to Malaysia, only 450ruble/RM30 for 10GB data.
Bagaimana membuat tempahan tiket keretapi TSR?
Cara paling mudah tempah secara online di laman web Russian Railways, www.rzd.ru. Kat situ korang boleh check jadual perjalanan keretapi beserta harga tiketnya sekali.
Perlu diingatkan, tempahan tiket secara online di laman web Russian Railways hanya dibuka 45 hari sebelum tarikh perjalanan korang. Korang juga perlu sign up dulu bagi membolehkan korang membuat pembelian tiket keretapi di laman web tersebut. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit yang dikeluarkan di Malaysia.

Sebelum membuat tempahan tiket, korang kena rancang betul-betul kat mana korang nak berhenti di sepanjang laluan TSR tu. Tempahan tiket perlu dibuat dari bandar A ke bandar B, dari bandar B ke bandar C dan seterusnya. Setiap sektor tu memerlukan tiket yang berlainan, bukannya dengan hanya satu tiket sahaja korang boleh menaiki keretapi di sepanjang laluan TSR dari mula hingga akhir, melainkan korang memang tak nak berhenti di mana-mana bandar di sepanjang laluan TSR tersebut. Sebagai contoh, ni tiket keretapi yang aku gunakan sepanjang kembara TSR aku baru-baru ini:
Sektor 1: Vladivostok - Irkutsk (Train No.099)
Sektor 2: Irkutsk - Yekaterinburg (Train No.069)
Sektor 3: Yekaterinburg - Kazan (Train No.139)
Sektor 4: Kazan - Moscow (Train No.001)
Sektor 5: Moscow - Saint Petersburg (Train No.752; Sapsan high speed train)
Tiket-tiket keretapi yang aku gunakan dalam kembara TSR
Semua tiket tren bagi setiap sektor tu aku tempah secara berasingan. Ini bermaksud aku mempunyai 5 keping tiket yang berbeza kesemuanya. Oh ya, tiket tren yang ditempah secara online di laman web Russian Railways ni akan dihantar dalam bentuk voucher ke email korang.
Aku nasihatkan apabila sampai kat sana nanti, perkara pertama yang korang perlu buat adalah pergi ke stesen keretapi di mana kembara korang bermula dan tukarkan semua voucher tadi ke bentuk tiket. Itu lebih selamat walaupun tiket dalam bentuk voucher juga diterima untuk menaiki tren TSR.
Bagaimana rupa keretapi TSR & berapakah pula harga tiketnya?
Secara umunya, terdapat tiga kelas bagi keretapi di Rusia, iaitu first class (spalny vagon), second class (kupe) dan third class (platzkart).
Dalam kembara TSR aku yang lalu, aku memilih untuk menaiki keretapi kelas kedua (kupe). Dalam setiap kabin kupe, terdapat 4 katil, 2 di bahagian bawah dan 2 di bahagian atas. Di dalam setiap kabin kupe juga terdapat satu meja kecil untuk letak barang-barang makanan. Setiap penumpang akan dibekalkan dengan bantal, cadar, selimut dan tuala kecil.

Kabin kupe
Jika korang tempah katil di bahagian bawah, korang boleh simpan bagpack atau luggage di ruang yang terdapat di bahagian bawah katil tersebut. Kalau di katil atas pula, korang boleh simpannya di ruang penyimpanan yang terdapat di bahagian atas katil.
Ruang menyimpan bagpack yang terletak di bahagian bawah lower bed
Kalau korang nak caj gadget-gadget korang, soket ada di bahagian koridor di luar kabin kupe. Di setiap gerabak juga terdapat 2 buah tandas yang terletak di setiap bahagian hujung gerabak. Bekalan air panas pula sentiasa available di setiap gerabak. Jadi kalau korang nak masak maggi ke, nak panaskan makanan ke, nak bancuh air ke memang takde masalah lah.
Ni bahagian luar kabin kupe. Kat tepi koridor tu ada beberapa soket power supply.
Di setiap hujungnya pula ada tandas.
Di setiap hujungnya pula ada tandas.
Berapakah pula harga tiketnya? Harga tiket bergantung kepada kelas yang korang pilih. Selain itu juga, harga tiket bagi katil di bahagian bawah lebih mahal berbanding katil di bahagian atas. Sebagai contoh, berikut merupakan harga tiket keretapi (second class “kupe”, lower bed) yang aku gunakan semasa kembara TSR aku yang lalu.
- Vladivostok - Irkutsk : 10,172 ruble (~RM 690 )
- Irkutsk - Yekaterinburg : 10,795 ruble (~RM 725 )
- Yekaterinburg - Kazan : 3,970 ruble (~RM 275 )
- Kazan - Moscow : 4,265 ruble (~RM 290 )
Sapsan high speed train untuk perjalanan dari Moscow ke St. Petersburg
Bagaimana kehidupan seharian di dalam keretapi semasa kembara TSR?
Makan, baring & tidur! Hahaha
Sepanjang kembara TSR aku yang lalu, tempoh paling lama aku mereput duduk dalam tren adalah selama 75 jam, iaitu bersamaan hampir 3 hari 3 malam bagi perjalanan dari Vladivostok ke Irkutsk sejauh hampir 4,100 km.
Tapi ia tidaklah bermaksud aku cuma duduk dan terperap di dalam tren je selama 75 jam tu. Di sepanjang perjalanan antara Vladivostok ke Irkutsk tu, tren no. 99 yang aku naiki tu berhenti di beberapa buah stesen untuk menurunkan dan mengambil penumpang yang lain.
Biasanya di stesen-stesen yang besar seperti Khabarovsk, Belogorsk, Chernyshevsk, Chita dan Ulan Ude, tren akan berhenti agak lama antara 25 minit hingga 1 jam. Jadi, masa ni lah korang nak keluar hirup udara segar dan membetulkan balik tulang-temulang korang yang dah bersimpang siur tu. Hahaha
Tapi keluar pun tak boleh lah nak pergi jauh, hanya berjalan di sekitar kawasan stesen tu je. Kalau stok makanan dan minuman korang dah habis, boleh lah beli kat kedai-kedai runcit yang terdapat di stesen tu, tapi harganya agak mahal lah sikit.

Di dalam setiap gerabak keretapi TSR ni, biasanya terdapat dua orang petugas yang akan bertugas. Mereka lebih dikenali dengan gelaran “provodnitsa”. Antara tugas provodnitsa ni adalah memeriksa tiket setiap penumpang, membersihkan kabin dan memberi peringatan kepada penumpang yang akan turun di stesen masing-masing.
Bilik provodnitsa ni terletak berhampiran dengan tempat bekalan air panas. Mereka juga ada menjual makanan-makanan ringan dan minuman jika korang memerlukannya, tapi harganya agak mahal.
Bilik provodnitsa ni terletak berhampiran dengan tempat bekalan air panas. Mereka juga ada menjual makanan-makanan ringan dan minuman jika korang memerlukannya, tapi harganya agak mahal.
Salah satu tugas Provodnitsa ialah membersihkan kabin supaya sentiasa bersih.
Diorang ni kadang-kadang nampak garang tapi dalam hati ada taman sebenarnya.
Diorang ni kadang-kadang nampak garang tapi dalam hati ada taman sebenarnya.
Bagaimana pula dengan makan dan minum di dalam keretapi TSR? Macam aku hari tu, aku memang siap-siap bawak makanan dari Malaysia. Brahims lah yang menjadi makanan rasmi aku sepanjang kehidupan di dalam tren di sana. Hahaha
Nak makan, aku cuma panaskan di dalam bekas yang berisi air panas je. Walaupun tekak agak jemu makan Brahims tanpa henti hampir seminggu lebih sepanjang kehidupan di dalam tren, namun aku terpaksa telan jua. Yang penting jimat bajet dan patuh syariah. Hehehe

Makanan di sepanjang pengembaraan ditaja oleh Brahims. hahaha
Jangan lupa bawa tupperware, sudu, garfu, bekas minuman ya.
Jangan lupa bawa tupperware, sudu, garfu, bekas minuman ya.
Bermacam-macam jenis dan ragam orang aku jumpa sepanjang kehidupan di dalam tren TSR. Mereka semua baik-baik, namun masalah bahasa menjadi penghalang untuk berkomunikasi dengan mereka. Aku terpaksa menggunakan kamus, google translate, bahasa badan dan adakalanya dengan cara melukis sebagai medium komunikasi dengan orang-orang tempatan di sini. Suatu pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.
Komunikasi memang ke laut habis, ibarat burung kenyalang bertegur dengan monyet proboscis.
Bagaimanakah cara termudah untuk berkunjung ke Tasik Baikal?
Tasik Baikal merupakan destinasi yang wajib korang singgah jika mengembara di sepanjang laluan TSR ni. Ia merupakan tasik yang terdalam (1,642 m) dan tertua di dunia. Ia juga diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1996.
Jika korang nak berkunjung ke Tasik Baikal ni, korang mestilah berhenti di stesen Irkutsk, yang merupakan sebuah stesen utama di laluan TSR. Dari Irkutsk, cara yang paling mudah dan cepat untuk berkunjung ke Tasik Baikal adalah dengan menaiki minivan atau lebih dikenali sebagai “mashrutkas” ke sebuah pekan kecil di pinggir tasik tersebut iaitu Listvyanka. Di Irkutsk, korang boleh naik mashrutkas ni dari central market. Ia bertolak sebaik sahaja penumpang penuh. Tasik Baikal terletak hanya 70 km dari Irkutsk dan perjalanan menggunakan mashrutkas hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja. Tambangnya pula sekitar 120-150 ruble (RM7-RM10) sehala.
Tasik Baikal dikala senja
Sungguh indah ciptaanNya
Ais yang membeku di Tasik Baikal
Smoked omul fish; makanan paling famous di Tasik Baikal
Perkampungan di Listvyanka
Adakah kita perlu membuat “visa registration” di setiap bandar yang kita kunjungi?
Satu perkara penting lagi yang kita perlu tahu bila berkunjung ke Russia ni ialah membuat “visa registration”. Kalau nak ikutkan, visa registration ni perlu dibuat jika kita berkunjung ke sesebuah bandar dan menetap lebih daripada 7 hari. Sekiranya kita menetap kurang daripada 7 hari di sesebuah bandar tersebut, visa registration tidak perlu dibuat.
Walaubagaimanapun, pada kebiasaannya setiap kali kita check in di tempat penginapan kita, pihak hotel/hostel/guest house akan membuat visa registration untuk setiap tetamu yang menginap di tempat mereka. Kebanyakan hotel akan membuat visa registration untuk kita secara percuma, sesetengahnya pula ada mengenakan bayaran antara 100-200 ruble bagi setiap passport.
Sepanjang kembara TSR aku yang lalu, aku buat visa registration sebanyak 4 kali iaitu di Irkutsk, Yekaterinburg, Moscow dan Saint Petersburg. Jangan ambil remeh tentang visa registration ni. Kalau korang tak buat visa registration ni sekurang-kurangnya sekali selama tempoh korang berada di Russia, kemungkinan besar korang akan menghadapi masalah semasa nak keluar nanti.

Bangunan Red Square di Moscow
Saint Basil's Cathedral di Moscow
Church on Blood di Yekaterinburg
Church of Our Saviour on Spilled Blood di St. Petersburg
Adakah selamat untuk berbackpacking ke negara Rusia?
Jawapannya adalah YA. Di negara Russia, polis ada di mana-mana sahaja untuk memantau keselamatan. Sepanjang kembara TSR aku yang lalu, aku pernah ditahan dua kali oleh polis Russia, pertamanya semasa tiba di stesen keretapi Yekaterinburg dan keduanya di stesen keretapi Kazan semasa menunggu keretapi ke Moscow.
Apa yang polis ni buat kat kita jika mereka tahan kita? Mereka cuma periksa dokumen perjalanan kita sahaja seperti passport dan visa Russia kita sahaja. Tapi masa kat Kazan, polis tu periksa semua dokumen perjalanan aku dengan cukup terperinci sekali, bukan setakat periksa passport dan visa sahaja, habis semua tiket-tiket keretapi aku pun dia nak tengok dan match kan dengan sistem imigresen mereka.
Memang setiap pergerakan kita di sana akan dipantau dengan begitu terperinci sekali. Jadi, tak perlu lah kita takut jika ditahan polis di sana kalau kita masuk dengan saluran yang betul dan dengan niat yang baik kan.

Dekorasi pada stesen metro Komsomolskaya di Moscow
Dekorasi pada stesen metro Novoslobodskaya di Moscow
Dekorasi pada stesen metro Kievskaya di Moscow
Yang ni aku dah tak ingat kat stesen mana, yang penting tetap cantik
Apakah cabaran yang dihadapi sepanjang kembara TSR?
Cabaran utama adalah komunikasi. Agak sukar untuk berkomunikasi dengan orang-orang tempatan di sana kerana kebanyakan mereka tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Jadi sekiranya korang mempunyai kelebihan bertutur dalam bahasa Russia, ia adalah suatu bonus kepada korang.
Sepanjang kembara aku yang lalu, aku menggunakan kamus bahasa Russia beserta dengan google translate jika menghadapi masalah dalam berkomunikasi. Kadang-kadang isyarat bahasa tubuh dan komunikasi melalui lukisan juga lebih berkesan.
Selain itu juga, korang dinasihatkan untuk belajar membaca tulisan Russia dalam alphabet Cyrillic. Sebenarnya tak lah susah sangat kalau kita dapat hafal huruf tu, cuma maksud je lah yang kita tak faham, tapi sekurang-kurangnya ia membantu.

Bagi orang Islam, kebolehdapatan makanan halal di sana juga agak terhad, walaupun Islam merupakan agama kedua terbesar di Russia selepas Kristian Orthodok. Agak sukar untuk mencari restoran atau kedai makanan halal di sana kecuali di bandar-bandar besar dan di kawasan yang berhampiran dengan masjid.
Sepanjang kembara aku yang lalu, aku cuma dapat berkunjung ke beberapa restoran halal di Irkutsk, Kazan, Moscow dan Saint Petersburg sahaja. Semua restoran tersebut terletak tidak jauh dari kawasan masjid.

Masjid di Irkutsk
Masjid Kul Sharif di Kazan
Masjid Besar di Moscow
Masjid di St Petersburg
Untuk info juga, negara Russia mempunyai 11 zon masa yang berbeza. Sepanjang kembara TSR dari Vladivostok ke Moscow, kita terpaksa menempuh 8 zon masa yang berbeza. Jadi adalah penting untuk kita memahami konsep zon masa di sana.
Prinsipnya mudah je, korang kena tahu waktu setempat dan membandingkannya dengan waktu di Moscow. Perlu diingatkan sekali lagi, semua jadual perlepasan dan ketibaan menggunakan keretapi adalah menggunakan Moscow time, bukannya local time.

Jika korang merancang kembara TSR ni semasa musim sejuk, pastikan korang kena tahan dengan suhu sejuk yang melampau disana terutamanya di kawasan Siberia.
Sepanjang kembara TSR aku yang lalu, suhu terendah yang aku alami ialah -37’C semasa di Irkutsk. Jadi, pastikan pakaian korang mestilah cukup tebal untuk menghadapi suhu sejuk melampau macam tu.
Sepanjang kembara TSR aku yang lalu, suhu terendah yang aku alami ialah -37’C semasa di Irkutsk. Jadi, pastikan pakaian korang mestilah cukup tebal untuk menghadapi suhu sejuk melampau macam tu.
Alhamdulillah, mission accomplished!
Trans Siberia ~ it’s a journey to remember!
Good info. Kerana 7 tahun lepas tidak perlu Visa Registration dibuat dimana-mana hotel. Manakala bergambar dalam Metro stesyen adalah dilarang keras. Dan kini saya difahamkan Visa juga boleh dibuat di Kedutaan Russia di KL sedangkan dahulu semuanya melalui ajen yg dilantik.
ReplyDeleteHi, thanks for sharing.. Really good info...InsyaAllah ada plan nk buat dgn kawan2 nxt year... But mybe Trans-Mongolia Line..
ReplyDeleteDh dapt bnyk info from here...senang sket..
Hi Ita!!!! Kena buat plan betul2 kita nih
Delete