8 Tips Mengembara Dengan Hanya 1 Beg



Leceh bukan jika perlu bawa banyak beg ketika mengembara samada untuk tujuan melancong atau kerja. Sebenarnya, satu beg sahaja pun sudah mencukupi jika korang tahu caranya.

Selain lebih ringan dan mudah, travel dengan hanya membawa satu beg sahaja juga akan membuat korang nampak lebih bergaya.

Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan 8 tips untuk mengembara dengan hanya 1 beg sahaja.

1. Buat senarai semak (checklist)


Ramai di antara mereka yang mengelak dan malas untuk membuat senarai semak dahulu sebelum mengemas beg untuk mengembara. Namun ketahuilah, ini adalah langkah bijak untuk korang tidak terlebih bawa atau tertinggal barangan penting nanti.

Rancang betul-betul berapa helaian pakaian yang perlu dibawa dan buat senarai barangan yang perlu dibawa. Baju extra mungkin kedengaran lebih terjamin dan selamat tetapi janganlah membawanya terlalu banyak. Bawalah barangan yang penting sahaja.

2. Gulung, gulung dan gulung pakaian anda


Selain daripada kaedah melipat, teknik gulungan akan dapat memanfaatkan ruangan beg dengan lebih optimum. Selain itu pakaian korang juga akan kurang berkedut.

Tempatkan item yang tebal seperti baju panas di sudut tepi beg untuk menyeimbangkan kandungan. Pastikan juga susunan betul-betul rapat dan mampat.

3. Bawa pakaian yang senang padan


Jeans adalah salah satu item yang senang padan dan boleh dipakai berulang kali. Pakaian-pakaian rona tanah juga juga boleh membantu. Dengan trend colour-blocking yang semakin diterima ramai, warna bukan lagi masalah.

Guna konsep 2 in 1, misalnya bawa gaun panjang yang boleh disuai padan dengan blazer untuk acara formal dan masih sesuai dipakai untuk acara kasual (tanpa blazer).

4. Pakai item yang berat


Ini juga salah satu teknik untuk menjimatkan ruangan beg korang. Pakai item seperti kasut but dan sneakers ketika hari bertolak dan balik. Dan jika korang jenis yang tidak cerewet, satu kasut sudah mencukupi (pakai, bukan pack) tetapi pastikan ianya tahan lasak dan selesa.

Dan pastikan bawa sepasang selipar atau sandal sebagai persediaan. Jika korang mengembara atas urusan rasmi, bawa kasut formal jenis dari material ringan.

5. Bawa sedikit sabun basuh


Jika korang jenis yang ada masa untuk basuh pakaian seperti pakaian dalam dan stokin, korang boleh mengurangkan bilangan item yang perlu dibawa.

Ambil masa dalam 10 minit untuk basuh pakaian di bilik air, perah seoptimum mungkin dan gantung sehingga kering. Ataupun korang boleh gunakan perkhidmatan dobi di hotel (bagi mereka yang mempunyai bajet lebih).

6. Teknik layering


Jika korang mengembara ke negara beriklim sejuk, korang boleh mempetimbangkan untuk teknik layering, iaitu pakai baju berlapis kerana membawa dua ke tiga helai pakaian nipis (material silk dan sintetik) lebih menjimatkan ruang berbanding membawa pakaian tebal.

7. Bawa barangan bersaiz lebih kecil dan ringan


Kini banyak toiletries dan kosmetik yang bersaiz kecil di pasaran. Jangan berkira untuk membelinya kerana toiletries dan kosmetik yang kecil-kecil inilah yang akan meringankan beg korang.

Botol kecil sebegini boleh diguna semula pada pengembaraan akan datang. Jika korang perlu mengambil ubat-ubatan, sekalikan dalam pill organizer.

8. Guna applikasi telefon pintar


Okay, semua orang tahu yang smartphone adalah item yang paling penting dan wajib ada sewaktu mengembara. Dengan adanya smartphone, item lain seperti buku nota, laptop dan peta bolehlah korang tinggalkan di rumah.

Yang pasti, segala info mengenai pengembaraan korang boleh di akses hanya di hujung jari sahaja.

Diharap tips ini sedikit sebanyak akan membantu dalam persediaan korang sebelum keluar mengembara.

Lepas ni bolehlah share kat kawan-kawan yang kaki travel tu. Sama-sama kita membantu.


Sumber: Wanista

LIKE dan FOLLOW kami di Facebook, Twitter serta Instagram

Unknown

“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor

No comments:

Post a Comment