10 Lokasi Patut Dilawati Bagi Peminat Anime Di Jepun

Nota Penulis: Sebelum ini, kami telah kongsikan beberapa tips 'survive' travel di Tokyo dengan hanya RM300. Kali ini, kami akan kongsikan pula 10 lokasi yang patut dilawati bagi peminat anime Jepun yang pada asalnya telah dikongsikan oleh Facebook Page Sushi Travel – Trip Halal Jepun. Let's check it out !

Kartun animasi Jepun atau lebih dikenali sebagai Anime, memang tidak asing lagi dengan kehidupan zaman kanak-kanak kita, terutama bagi yang membesar pada tahun 90-an. Semua mesti kenal dengan kartun animasi seperti Doraemon,Dragon Ball, Naruto, Pokemon,Shin Chan dan lain-lain kan. Sekiranya korang ke Jepun, jangan lupa untuk melawat ke tempat-tempat ini untuk bertemu dengan watak-watak kegemaran sewaktu‘childhood‘ korang!
1. Fujiko F. Fujio Museum, Kawasaki

Doraemon ada di sini! Muzium yang mengabadikan karya-karya terkenal Fujio F. Fujiko seperti Doraemon,Perman,Kiteretsu,dan lain-lain.

Korang pasti terasa nostalgia melihat dan bergambar dengan watak-watak kegemaran sewaktu kecil korang. Tiket boleh didapati di Loppo vending machine di Lawson convenience store.
2. J-World Tokyo, Ikebukuro

Bagi peminat Dragon Ball,Naruto, One Piece, Bleach, Gintama dan sebagainya, J-World Tokyo merupakan destinasi wajib untuk dilawati.
Ianya merupakan taman tema kecil indoor yang terletak didalam pusat membeli belah Sunshine City, Ikebukuro. Terdapat tarikan berupa mini game, pertunjukan hero dan maskot watak-watak popular untuk bergambar bersama.
3. Ghibli Musem, Mitaka

Merupakan salah satu muzium yang paling sukar untuk dilawati kerana had bilangan pengunjung yang sedikit setiap hari.
Korang pasti terpesona dengan seni bina dan pameran Studio Ghibli yang terkenal dengan My Neighbor Totoro, Princess Mononoke, Spirited Away dan lain-lain.
4. Gundam Statue, Odaiba

Bagi peminat Gundam pula, Odaiba merupakan destinasi wajib. Disini terletaknya tugu Gundam RX78-2 yang berskala 1:1.
Pada waktu malam, pertunjukan laser show yang memukau diadakan setiap hari pada pukul 7.30 malam.
5. Pokemon Center Mega Tokyo,Ikebukuro

Disini terdapat pelbagai merchandise Pokemon seperti Plushie, alat tulis, snek dan lain-lain.
Akan tetapi kebanyakannya adalah Pokemon baru, jadi kami pun kurang familiar akan Pokemon-pokemon yang agaknya dah mencapai seribu ekor jumlahnya. Dulu dalam 150 ekor je.
6. Detective Conan Town,Hokuei, Tottori

Bandar kecil ini merupakan tempat kelahiran pelukis komik manga terkenal Detective Conan iaitu Gosho Aoyama. Korang boleh dapati banyak tugu Conan, Shinichi, Ran, Pakcik Mouri dan lain-lain watak di sekitar bandar ini untuk korang bergambar.
Jangan terkejut sekiranya terdengar suara pakcik Mouri menjerit ‘Awaklah pembunuhnya, Encik Matsuzaka!’
7. Akihabara Electronic Town

Golongan Otaku pasti tidak asing lagi dengan Akihabara. Terdapat banyak kedai figura dan merchandise di sini seperti Kotobukiya, Mandarake, Animate, dan Akiba Culture Zone. Korang juga boleh merasai pengalaman Maid Cafe di Akihabara.
8. Nakano Broadway

Satu lagi syurga bagi golongan Otaku. Nakano Broadway agak terpencil dan terletak berhampiran Shinjuku.Dikatakan terdapat lebih banyak barangan yang rare di Nakano Broadway berbanding Akihabara.
9. Tokyo One Piece Tower, Tokyo Tower

Merupakan taman tema indoor khas One Piece di Tokyo Tower, terdapat pertunjukan pentas yang dilakonkan oleh ahli kumpulan Lanun Luffy, restoran Sanji, dan merchandise shop.
10. Otome Road, Ikebukuro

Sebuah kawasan di Ikebukuro yang terdapat banyak kedai menjual merchandise bagi peminat wanita. Butler Cafe juga terdapat di sini.
P/S: Seperti yang kita tahu, travel di Jepun memang memerlukan bajet yang tinggi. Disini korang boleh baca Tips 'survive' di Tokyo dengan hanya RM300.


Sumber : TheVocket

LIKE dan FOLLOW kami di FacebookTwitter serta Instagram

Unknown

“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor

No comments:

Post a Comment