9 Sebab Mengapa Anda Harus Memilih 'Window Seat' Semasa Menaiki Kapal Terbang

Memilih tempat duduk sudah menjadi kebiasaan setiap orang. Bahkan sejak duduk di bangku sekolah lagi.

Tak kisahlah samada tempat duduk di belakang, di tengah atau di hadapan. Asal jangan duduk di kerusi cikgu korang sudahlah. Hehe :P

Tabiat memilih tempat duduk yang strategik ini terbawa-bawa sehinggalah ke dalam kehidupan seharian, termasuk memilih tempat duduk dalam pengangkutan awam seperti bas, keretapi dan juga kapal terbang.


Kali ini kami cadangkan korang untuk memilih window seat apabila menaiki kapal terbang agar korang berasa selesa sepanjang penerbangan. Sekurang-kurangnya, korang bolehlah mengelak situasi yang kurang menyenangkan terhadap penumpang yang suka mundar-mandir lalu berkata:
“Maaf cik, tumpang lalu ya. Saya nak ke tandas.”
“Excuse Me. Nak berdiri jap. Nak luruskan badan.”
Rasa rimas kan? Baru nak lelapkan mata:
“Tumpang lalu, saya nak ke depan. Kebetulan, saya pilotnya. Salah seat!”
Haha :D Okay, sebab itulah kami ingin kongsikan disini 9 sebab mengapa korang harus memilih window seat semasa menaiki kapal terbang.

1. Menikmati keindahan bandar


Menurut pakar psikologi dari Universiti Washington, Prof Jonathan Bricker berkata:
"Tempat duduk berdekatan tingkap lebih selesa kerana anda boleh berehat dengan beralaskan 'bantal' di dinding dan mengelak dari gangguan yang minimum, sehingga anda boleh menciptakan ruang anda sendiri".

2. Melihat hujan turun secara 'LIVE' dari paras 30,000 kaki


Disebabkan sekarang ialah musim hujan, korang pasti akan disajikan dengan pemandangan yang luar biasa seperti ini. Yang pastinya, ia hanya boleh disaksikan oleh mereka yang duduk bersebelahan tingkap kapal terbang. "Epic".

3. Melihat matahari terbit


Bila lagi korang nak lihat pemandangan seperti ini dari ketinggian beribu-ribu kaki kan? Hanya penumpang yang duduk bersebelahan tingkap saja yang dapat menikmati sudut pandangan seperti ini.

4. Menikmati keindahan sawah padi


Jika kita melihat sawah padi dari jarak dekat pun, kita pasti akan berasa kagum dengan keindahannya. Apatah lagi jika dari jarak jauh seperti ini? Wow. Spechless.

5. Menikmati 'sunset' dengan kualiti HD


Jangan sampai tertidur pula yer!

6. Menikmati pemandangan air terjun dari sudut berbeza


Pasti berbeza jika melihat air terjun dari pelbagai sudut. Lebih-lebih lagi apabila melihat dari atas.Pasti kita akan kagum dengan kebesaran-Nya.

7. Menikmati air laut yang tidak berpenghujung


Pasti tercari-cari dimana penghujungnya kan?

8. Melihat pemandangan gunung yang memukau


9. Menyaksikan fenomena tasik beku


Itulah sebab-sebab mengapa korang harus memilih 'window seat' semasa menaiki kapal terbang. Tak kisahlah tiket korang berharga mahal, premium, atau promo, yang pasti pengalaman yang akan korang dapat lihat sepanjang penerbangan tidak ternilai harganya.

P/S: Jangan disebabkan terlalu asyik dengan pemandangan seperti ini sampai korang terlupa nak snap gambar pula. Hehe


Sumber: |

LIKE dan FOLLOW kami di Facebook, Twitter serta Instagram

Unknown

“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor

No comments:

Post a Comment