20 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai New Zealand

New Zealand adalah sebuah negara yang terletak di Lautan Pasifik barat daya, terdiri daripada dua pulau utama dan kedua-duanya ditandakan dengan gunung berapi dan glasier.

Ibu kota Wellington di North Island adalah rumah bagi Te Papa Tongarewa - sebuah galeri seni dan muzium kebangsaan.

Sebelum anda bergaul mesra dengan penduduk New Zealand, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai negara tersebut. Sebagai contoh, istilah 'kiwi' bukanlah nama buah semata-mata, tapi ia lebih daripada itu. Jadi jika anda menyebut 'kiwi picking', ia mungkin akan kedengaran agak janggal bagi mereka.

Bagi mengelakkan anda merasa janggal di negara tersebut, dibawah ini kami kongsikan 20 perkara yang anda perlu tahu mengenai negara New Zealand.




1. Perkataan 'kiwi' bukan bermaksud buah kiwi.

 -   Ia adalah burung asli New Zealand yang tidak boleh terbang dan istilah slang bagi rakyat New Zealand. Mereka menyebut buah kiwi sebagai 'kiwifruit'.


2. New Zealand adalah negara utama yang pertama mempunyai hak mengundi bebas.

-   Pada tahun 1893, ia telah menjadi sah bagi kaum lelaki dan wanita untuk membuang undi.   


3. New Zealand adalah salah satu daripada hanya tiga negara selain Denmark dan Kanada yang mempunyai dua buah lagu kebangsaan rasmi.

-   Lagu yang pertama adalah 'God save the Queen' ( lagu bahasa Inggeris ), dan yang kedua ialah 'God defend New Zealand'.



4. Burung asli New Zealand ( Moa ) adalah salah satu burung terbesar dalam sejarah yang berketinggian sehingga 3.6meter dan berat 300kg.

-   Malangnya spesies tersebut telah diburu sehingga pupus oleh puak Maori pada akhir tahun 1500-an.


5. New Zealand adalah negara pertama yang mempunyai tiga kedudukan teratas dalam pentadbiran yang di sandang oleh wanita.

-   Perdana Menteri ( Helen Clark ), Ketua Gabenor ( Dame Silvia Cartwright ) dan Ketua Hakim ( Sian Elias ).


6. Weta adalah sejenis serangga endemik yang merupakan satu peninggalan dari masa dinosaur di hutan New Zealand.

-   Ia mempunyai naluri hidup yang luar biasa dan sukar dibunuh. Sir Walter Buller yang memelihara Weta sebagai koleksi serangganya telah cuba untuk menenggelamkannya selama 4 hari tetapi gagal. Beliau juga meletakkannya ke dalam air yang hampir mendidih dan cuba mengunyah serangga tersebut menggunakan sapu tangan, namun semuanya gagal untuk membunuh seranggga itu.



7. Sky Tower di Auckland adalah bangunan yang tertinggi di Hemisfera Selatan - berketinggian 328meter.

-   Ia telah menjadi mercu tanda ikonik di kaki langit bandaraya Auckland kerana ketinggian dan reka bentuknya yang unik.


8. Surville Cliffs adalah titik paling utara bagi tanah besar New Zealand.

-   Ia terletak 3km lebih ke utara daripada Cape Reinga ( yang sebelum ini disangka adalah titik paling utara New Zealand ). Pelayar Eropah pertama yang menemui tebing ini adalah Jean-Francois-Marie de Surville pada bulan Disember 1769 yang belayar dengan kapal St. Jean Baptiste ke New Zealand untuk mencari tempat berlabuh bagi merawat anak kapalnya yang sakit. Beliau menemui tebing ini hanya beberapa hari sebelum ditemui oleh pelayar James Cook.


9. Kepulauan Chatham adalah kumpulan 10 pulau yang merupakan sebahagian daripada New Zealand.

-   Ia terletak kira-kira 840km di timur Christchurch. Titik tanah besar New Zealand yang terdekat dari Kepulauan Chatham ialah Cape Turnagain di North Island dengan jarak 650km. Bandar terdekat di tanah besar New Zealand dari kumpulan pulau-pulau ini adalah Hastings yang terletak 697km ke Utara-Barat. Kumpulan pulau-pulau ini meliputi 966km persegi yang hampir semua berada di kedua-dua pulau utama.


10. 'Jandals' adalah perkataan yang digunakan oleh masyarakat New Zealand bagi selipar/sandal terbuka - kombinasi bagi perkataan 'japanese' dan juga 'sandals'.  


11. 'Togs' adalah perkataan yang digunakan untuk 'pakaian mandi' di New Zealand.



12. Sukan paling popular di negara ini sudah semestinya sukan ragbi, dan diikuti dengan sukan golf.


13. Bagi setiap orang yang tinggal di New Zealand, negara ini menghasilkan 100kg mentega dan 65kg keju setiap tahun.


14. 30% tanah di New Zealand diliputi dengan hutan.


15. Pada kedudukan 41.2° selatan, Wellington adalah ibu kota paling selatan di muka bumi ini.



16. Aoraki Mount Cook adalah gunung tertinggi di rantau Australasia.

-   Ia berketinggian 3724meter ( sejak 2014 ), yang sebelum ini diukur dengan ketinggian 3754meter. 


17. Pada masa ini, New Zealand menjana kira-kira 10% geotermal elektrik daripada haba gunung berapi.

-   Selain itu, 55% tenaga elektrik di negara ini di jana oleh air yang mengalir melalui empangan hidroelektrik. Kuasa angin kurang dari 5% daripada keperluan elektrik.


18. New Zealand mempunyai 9 ekor biri-biri bagi setiap manusia.

-   Majoriti kambing biri-biri di negara ini berada di South Island dimana terdapat lebih 20 ekor untuk setiap manusia.  


19. Disebabkan kesan sederhana lautan, musim panas dan sejuk di kebanyakan lokasi di New Zealand berbeza kurang daripada 10ºC.


20. AJ Hackett atau Alan John Hackett adalah orang yang mencipta aktiviti ekstrem bungy jumping di New Zealand.

Ingin mengembara ke New Zealand? 

Kini syarikat tambang murah terkenal AirAsia sedang menawarkan promosi ke Auckland - melalui Gold Coast dari Kuala Lumpur dengan tambang serendah RM499. Now everyone can fly to New Zealand !



Sumber: workingholidaystarter.com

LIKE dan FOLLOW kami di FacebookTwitter serta Instagram

Unknown

“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor

1 comment:

  1. Menarik. Teringin nak jejak kaki ke sini. Insyallah satu hari nanti!!

    ReplyDelete